Home > Psikologi perdagangan > Naluri perdagangan > Bias terbitan deria
Bias terbitan deria
Bias terbitan deria ialah fenomena psikologi yang termasuk dalam skop psikologi perdagangan. Hal ini merupakan sebahagian daripada naluri perdagangan, secara khususnya satu daripada tiga. Bias ini merujuk kepada idea bahawa maklumat yang kita gunakan untuk membentuk pendapat adalah berat sebelah.
Cabaran yang jelas berkaitan hal ini adalah mengenal pasti bahawa maklumat yang kita anggap sebagai fakta sebenarnya mungkin mengandungi ciri berat sebelah. Hal ini sangat membimbangkan jika difikirkan bahawa kita menggunakan maklumat di sekeliling kita untuk menjalani hidup dari hari ke hari, atau untuk memperoleh pengetahuan yang khusus.
Dalam konteks perdagangan, sumber maklumat adalah amat penting, begitu juga dengan penyampaian pesanan. Sebagai contoh, seorang pedagang mungkin mengikuti saluran media tertentu untuk memantau pasaran.
Berdasarkan maklumat yang diberikan oleh sumber yang tertentu kepada khalayaknya setiap hari, pedagang mungkin merumuskan pendapat khusus yang berpunca daripada perkara yang dia anggap sebagai fakta.
Namun begitu, pedagang mungkin tidak sedar bahawa saluran media tersebut mungkin menyampaikan maklumat tertentu berdasarkan berat sebelahnya sendiri dan seterusnya mempengaruhi pendapat orang yang mendengarnya. Hal ini mungkin bertambah buruk jika cerita yang disampaikan hanya daripada sebelah pihak. Apabila seseorang mendengar cerita daripada sebelah pihak, tanpa sebarang bukti yang bertentangan, cerita itu berpotensi untuk bertukar menjadi satu-satunya pendirian praktikal tentang perkara itu. Ini menimbulkan pendapat yang berat sebelah kerana kekurangan bukti yang bertentangan.
Mengurangkan berat sebelah dalam perdagangan
Usaha yang bersepadu diperlukan untuk tidak menjadi mangsa berat sebelah seperti bias terbitan deria. Namun begitu, sebahagian daripada usaha yang boleh dilakukan adalah dengan berhati-hati atau menyedari pengaruhnya terhadap keputusan perdagangan. Sebahagian lagi adalah dengan mengambil langkah untuk membataskan halangan psikologi.
- Membaca carta dengan cara yang berdasarkan data dan bukannya persepsi. Perkara yang penting ialah objektif.
- Memahami dengan lebih mendalam tentang cara pasaran beroperasi dengan melibatkan diri dalam pembelajaran yang berterusan. Hal ini termasuk mengetahui faktor yang mendorong pergerakan pasaran dan turun naik harga. Pengetahuan ialah faktor penting dalam membuat keputusan berdasarkan kebarangkalian objektif dan bukannya perasaan takut atau tamak.
- Menghindari pendapat orang lain, atau sekurang-kurangnya membataskan kesannya terhadap proses membuat keputusan kewangan anda sendiri.
- Menggunakan penunjuk teknikal untuk lebih memahami psikologi dan tingkah laku pasaran.
- Membuat rancangan dagangan yang pada asasnya berdasarkan perkara yang ingin dicapai. Ingatlah bahawa secara semula jadi kita ialah makhluk reaksioner. Rancangan dagangan yang jelas dapat membantu kita mengekalkan kawalan diri, akal budi dan disiplin.
- Membataskan kesan buruk psikologi perdagangan yang lemah ialah proses yang terdiri daripada pelbagai perkara yang berbeza. Pastikan anda memupuk minda yang positif dan realistik untuk menangani cabaran atau halangan.
Tetapkan matlamat yang boleh dicapai untuk mengurus jangkaan dengan lebih berkesan, tetapi turut mengakui bahawa kesilapan ialah sebahagian daripada proses.